Asssalamualaikum w.b.t..
Ibu..
Walaupun ada orang panggil mak,ummi,mama,
tapi sebenarnya ianya adalah insan yang sama,
Insan yang mana kita perlu kasihi ,kita sayangi dan
juga kita sentiasa kita hormati..
Siapa yang tidak tahu pergorbanan ibu,
Insan yang melahirkan kita
Sanggup menahan sakit melahirkan kita,
yang mana mungkin mengorbankan nyawanya.
Namun semua itu tiada apa baginya,
asalkan kita dapat peluang untuk melihat dunia.
Dunia yang kadang kala buat kita lupakan pengorbanan ibu kita..
Tapi bila kita makin dewasa,
Kita lupa sikit demi sedikit pengorbanan ibu kita selama ni.
Kadang-kadang ibu selalu beri perhatian dekat kita,
tapi kita rasakan yang kita takde "privacy" dan selalu rasa terkongkong.
Tapi kita lupa perhatian yang sama inilah yang mungkin
menyelamatkan kita daripada perkara buruk yang mungkin akan menimpa kita
waktu kita kecik-kecik dulu
Ibu juga selalu beri kita nasihat,
Suruh berhati-hati,jaga kesihatan,belajar bersungguh-sunguh
tapi kita pula rasa rimas dan
rasakan kita dah sudah cukup dewasa dan tahu jaga diri sendiri.
Kita lupa sebenarnya ibu
tak mahu kita tersilap langkah dalam bertindak dan
mahu kita ada masa depan yang lebih cerah.
Tapi kita ni kadang-kadang ambik endah tak endah nasihat dia,
Kita bertindak dan ambil keputusan sendiri sebab kita rasa kita dah cukup matang
dan tak perlukan semua nasihat tu.
Kadang-kadang kita memberontak sebab
kita rasakan kita yang betul.
Tapi kita lupa,bila mana kita dalam kesusahan kita akan datang balik kat ibu kita
untuk minta nasihat dan dorongan.
Walaupun terluka manapun ibu dengan tindakan kita,
dia sentiasa bersedia untuk memaafkan kita.
Betapa mulianya seorang ibu..
Hargai selagi mana insan ini masih bersama kita sehingga hari ini.
Kerana setiap waktu berlalu dalam hidup kita,
bererti makin kuranglah waktu untuk kita bersama dengan insan ini..
Jangan hanya bila insan ini sudah tiada
barulah kita menangis atas kehilangannya..
Terima kasih Mak!
Maafkan saya sekiranya selama ini saya ada tersalah kata
tersalah tingkah dan terkasar bahasa.
Siapalah saya tanpa mak..
"Hadis sahih Bukhari dan Muslim meriwayatkan:
Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah saw, lalu bertanya:Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu kembali bertanya: Kemudian siapa? Nabi menjawab:Ibumu. Lelaki itu terus bertanya: Kemudian siapa? Nabi menjawab lagi: Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab pula:Kemudian bapamu"



