Welcome to my Blog and Smile!

Welcome to my Blog and Smile!
"A smile takes but a moment, but the memory of it lasts forever"

Friday, June 8, 2012

MaNuSiA OwH MaNuSiA


Hari ini 9/6/2012 around jam 9.15 a.m macam 2, tengah tunggu nk msok dewan exam.Walaupun kena ambil Remendial subject sebelum ke Elective tapi exam kn tetap exam jugak.Disebabkan kena menunggu agak lama dari jam 8.50-9.35 a.m baru bole masok.Jadi saya stay la dekat tangga sambil melihat gelagat orang yang ramai di luar.Of course la, student2.Hurm, sambil menenangkan diri sendiri.Tiba2 saya terdengar orang belakang tengah story-mory.N ceritanya agak kurang sedap di dengar la.Apa lagi klau bukan mengumpat pasal orang lain.Dalam hati ni terdetik jugak, diaorang ni dalam tengah tunggu masa nk msok untuk exam sempat lagi mengumpat.Antara dialog yg smpat saya dengar lah, “Wei, kau Nampak tak mamat yang pakai baju hitam dengan sport shoes merah tu ?”.Kawan yang sorang lagi sambung “A’ah, Nampak.Kenapa? ada pa2 ke?” Apalagi terus la bercerita “ Kau tahu, dia dah kapel dengan orang laen.Ala, pompuan yang hot stuff tu la.Mamat tu dah la playboy.Memang padan la diaorng 2 kapel.Masok kot”. Then, kawan yang sorang lagi ni pon tambah “ dah la gf dya selalu x dtg kelas,boleh ker nak ambil exam ni ? Teruk la diaorang tu.At first, mamat tu pernah mintak nk berkenalan dengan aku.Tapi aku tolak.Tak nak la aku dengan orang macam tu”.Sabo je la dengar diaorang punya gossip,padahal dah nak masok exam dah ni.Harap muka ja lawa,sopan dengan baju kurung.Tapi mulut, masyaAllah,,,(puaka sungguh bak kata kawan saya).

Biar je la diaorang nk hot stuff kea pa,kalau dh memang tak puas hati dengan pasangan “hot” tu, pergi la tegur cara baik.Hurm, tak perlu nak mengumpat.Saya yang ada kat depan kot tertambah dosa koz terpaksa mendengar apa yang korang cakap.Kalau dah tak bole tegur dengan mulut,tegur la dengan selemah-lemah iman iaitu HATI.Bukan kah dosa mengumpat itu lebih besar daripada membunuh.N lagi satu, biarlah pakaian,muka yg lawa 2 sepadan dengan budi bahasa.Just, doakan yang terbaik untuk mereka.BERES.I keep wondering why people nowdays kebanyakkannya berperangai macam tu.Jagalah hati, jagalah iman dan barulah diri sendiri terjaga(peringatan untuk diri sendiri jugak) :-)


Saturday, May 26, 2012

Ibu.

Asssalamualaikum w.b.t..




Ibu..

Walaupun ada orang panggil mak,ummi,mama,

tapi sebenarnya ianya adalah insan yang sama,

Insan yang mana kita perlu kasihi ,kita sayangi dan

juga kita sentiasa kita hormati..
Siapa yang tidak tahu pergorbanan ibu,

Insan yang melahirkan kita

Sanggup menahan sakit melahirkan kita,

yang mana mungkin mengorbankan nyawanya.

Namun semua itu tiada apa baginya,

asalkan kita dapat peluang untuk melihat dunia.

Dunia yang kadang kala buat kita lupakan pengorbanan ibu kita..


Tapi bila kita makin dewasa,

Kita lupa sikit demi sedikit pengorbanan ibu kita selama ni.

Kadang-kadang ibu selalu beri perhatian dekat kita,

tapi kita rasakan yang kita takde "privacy" dan selalu rasa terkongkong.

Tapi kita lupa perhatian yang sama inilah yang mungkin

menyelamatkan kita daripada perkara buruk yang mungkin akan menimpa kita

waktu kita kecik-kecik dulu

Ibu juga selalu beri kita nasihat,

Suruh berhati-hati,jaga kesihatan,belajar bersungguh-sunguh

tapi kita pula rasa rimas dan

rasakan kita dah sudah cukup dewasa dan tahu jaga diri sendiri.




Kita lupa sebenarnya ibu

tak mahu kita tersilap langkah dalam bertindak dan

mahu kita ada masa depan yang lebih cerah.

Tapi kita ni kadang-kadang ambik endah tak endah nasihat dia,

Kita bertindak dan ambil keputusan sendiri sebab kita rasa kita dah cukup matang

dan tak perlukan semua nasihat tu.

Kadang-kadang kita memberontak sebab

kita rasakan kita yang betul.

Tapi kita lupa,bila mana kita dalam kesusahan kita akan datang balik kat ibu kita

untuk minta nasihat dan dorongan.

Walaupun terluka manapun ibu dengan tindakan kita,

dia sentiasa bersedia untuk memaafkan kita.
Betapa mulianya seorang ibu..


Hargai selagi mana insan ini masih bersama kita sehingga hari ini.

Kerana setiap waktu berlalu dalam hidup kita,

bererti makin kuranglah waktu untuk kita bersama dengan insan ini..

Jangan hanya bila insan ini sudah tiada

barulah kita menangis atas kehilangannya..



Terima kasih Mak!

Maafkan saya sekiranya selama ini saya ada tersalah kata

tersalah tingkah dan terkasar bahasa.

Siapalah saya tanpa mak..




"Hadis sahih Bukhari dan Muslim meriwayatkan:

Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah saw, lalu bertanya:Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?

Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu kembali bertanya: Kemudian siapa? Nabi menjawab:Ibumu. Lelaki itu terus bertanya: Kemudian siapa? Nabi menjawab lagi: Ibumu.

Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab pula:Kemudian bapamu"